Hartanah Islah - Q&A 010912



Saya kongsikan pertanyaan yang saya jawab kepada pembaca yang telah bertanya.

Adakah hartanah islah satu bisnes?
Insya'Allah ia adalah satu bisnes, dalam masa yang sama menyumbang kepada kekuatan pegangan hartanah Muslim, namun konsep biz lebih kepada Sosial Biz, mirip model Garmeen Bank.
Bagaimana bentuk pemilikan tanah dan saham syarikat?
Penyertaan dibuat dalam bentuk saham syarikat, tanah akan dimiliki oleh syarikat, tanah baru mula proses belian, akan diubah syarat ke perdagangan dan perumahan dari pertanian. Peserta boleh memilih untuk membeli lot tersebut apabila sudah disiapkan dengan pelan pembangunan atau memilih untuk tidak memiliki nya dan syarikat akan jual sebagai pendapatan syarikat. Pemilikan sentaiasa berdasarkan kepada kadar pemilikan sham syarikat

Apa format pemilikan syarikat
Wang Penyertaan akan didaftarkan sebagai saham syarikat, jadi peserta adalah pemilik saham syarikat. Tak boleh dinafi keramaian pemegang saham ada isu, namun sedang sediakan satu bentuk dokumen perjajnjian pemegang saham yang mesra kepada semua dan 'kebal', Syarikat tidak berhajat untuk develop sendiri kerana risiko dan modal, jadi ia akan jual lot dalam masa 3 tahun. Namun dua lot perdagangan akan dimajukan sendiri oleh syarikat untuk pendapatan jangka panjang. 

Comments