Skim tajaan sistem tuaian air hujan untuk masjid dan surau

Kami masih mengalu alukan tajaan dalam bentuk waqafan tunai bagi menjimatkan bil air masjid masjid dan surau surau ditempat anda dengan perlaksanaan sistem tuaian air hujan untuk pam tandas.
Keterangan sistem - Ia adalah sistem lengkap yang akan menggantikan penggunaan air paip terawat untuk pam tandas di nasjid dan surau anda dengan air hujan yang di tuai dari sistem ini. Ia dilengkapi dengan ciri ciri keselamatan pencegahan pembiakan aedes (denggi), tapisan sampah serta sistem automatik pertukaran kebekalan air paip sekiranya tiada air hujan mencukupi.
Langkah mudah untuk anda berwakaf adalah dengan mengahntar emel dengan tajuk - wakaf rwh tuliskan nama masjid / surau serta lokasi ke greenislahpropertysb@yahoo.com atau sms yang sama ke 0163905640 . Wakafan anda akan terus di masukkan ke akaun masjid surau berkenaan.
Terima kasih.

Comments