Taja masjid dan surau anda untuk elak pembaziran air terawat

Assalamualaikum Saudara/i semua,

Kami ingin menjemput kepada para muslimin dan muslimat yang mahu berinfak wakaf untuk menjana ganjaran pahala berterusan bagi bekalan ke Akhirat. Kita maklum semua masjid dan surau mempunyai tandas bagi kegunaan para jemaah. Pam tandas yang digunakan sekarang menggunakan air dari bekalan paip air yang sudah dirawat (sesuai untuk pemakanan). Ia nya sekiranya dihalusi adalah satu bentuk pembaziran kerana kita tidak perlu air yang dirawat untuk pam najis kita.

Oleh itu kami menjemput para penginfak fisabillilah untuk menaja penukaran dari pam tandas mengguna air terawat kepada yang menggunakan air hujan yang tidak terawat. Pada asasnya sistem ini menyediakan alternatif penadahan dan penyimpanan air hujan untuk digunakan bagi tujuan tersebut.

Kos purata bagi setiap tandas adalah RM400.00 dengan minima dua tandas dengan kos purata dilengkapi kesemua peralatan dan perpaipan RM800.00

Oleh itu kami menjemput anda untuk mencadangkan masjid dan surau yang ada ingin taja kepada kami melalui emel ke greenislahpropertysb@yahoo.com.

Marilah kita berinfak fisabilillah, ianya megelakan pembaziran, wang yang dijimatkan dari bil air boleh dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih bernilai tambah. Kami alu alu kan cadangan para muslimin dan muslimat sekelian. Insy'Allah kami boleh melaksanakan pemasangan ini di seluruh negara. Amin....

Comments