Saya kongsikan
pertanyaan yang saya jawab kepada pembaca yang telah bertanya.
Adakah hartanah islah satu bisnes?
Insya'Allah ia adalah
satu bisnes, dalam masa yang sama menyumbang kepada kekuatan pegangan hartanah
Muslim, namun konsep biz lebih kepada Sosial Biz, mirip model Garmeen Bank.
Bagaimana bentuk pemilikan tanah dan saham
syarikat?
Penyertaan dibuat
dalam bentuk saham syarikat, tanah akan dimiliki oleh syarikat, tanah baru mula
proses belian, akan diubah syarat ke perdagangan dan perumahan dari pertanian.
Peserta boleh memilih untuk membeli lot tersebut apabila sudah disiapkan dengan
pelan pembangunan atau memilih untuk tidak memiliki nya dan syarikat akan jual
sebagai pendapatan syarikat. Pemilikan sentaiasa berdasarkan kepada kadar
pemilikan sham syarikat
Apa format pemilikan syarikat
Wang Penyertaan akan
didaftarkan sebagai saham syarikat, jadi peserta adalah pemilik saham syarikat.
Tak boleh dinafi keramaian pemegang saham ada isu, namun sedang sediakan satu
bentuk dokumen perjajnjian pemegang saham yang mesra kepada semua dan 'kebal',
Syarikat tidak berhajat untuk develop
sendiri kerana risiko dan modal, jadi ia akan jual lot dalam masa 3 tahun.
Namun dua lot perdagangan akan dimajukan sendiri oleh syarikat untuk pendapatan
jangka panjang.
Comments
Post a Comment